Campur tangan dan pendudukan British Sejarah_Tibet

Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:


Pihak berkuasa di India British membaharui minatnya terhadap Tibet pada akhir abad ke-19, dan sebilangan orang India masuk ke negara Tibet, mula-mula sebagai penjelajah, dan kemudiannya sebagai pedagang. Perjanjian-perjanjian mengenai Tibet diikat antara Britain dengan China pada tahun 1886 , 1890, , dan 1893, , tetapi kerajaan Tibet enggan memberikan sebarang pengiktirafan terhadap perjanjian-perjanjian itu dan masih menghalang utusan-utusan British dari wilayahnya. Semasa "Permainan Agung", tempoh persaingan antara Rusia dengan Britain, Britain hendak seorang wakil di Lhasa untuk mengawal dan mengimbangi pengaruh Rusia. Pada tahun 1904, mereka menurunkan seangkatan tentera India di bawah Leftenan Kolonel Francis Younghusband yang selepas beberapa pertempuran, menduduki Lhasa. Sebagai gerak balas, kementerian luar negeri Cina menegaskan kedaulatan China terhadap Tibet, kenyataan jelas yang pertama tentang tuntutan tersebut. [39]

Sebuah perjanjian kemudian diikat antara Britain dan Tibet yang memerlukan Tibet:

  • membuka sempadannya dengan India British supaya membenarkan pedagang-pedagang British dan India dapat membuat perjalanan secara bebas;
  • tidak mengenakan duti kastam ke atas perdagangannya dengan India;
  • membayar 2.5 juta rupee kepada Britain sebagai ganti rugi; dan
  • tidak memulakan sebarang hubungan dengan kuasa-kuasa asing tanpa kebenaran British.

Dalai Lama ke-13 melarikan diri ke Mongolia dan oleh itu, mohornya dicap oleh Ga-den Ti-Rimpoche.

Apabila Parti Liberal kembali untuk berkuasa, London mengubah dasar pra-1904nya, dan membenarkan China untuk berunding bagi pihak Tibet. Oleh itu, perjanjian Anglo-Tibet disahkan oleh sebuah perjanjian China-British pada tahun 1906 yang menyebabkan "Great Britain berjanji tidak akan mengilhakkan wilayah Tibet atau masuk campur dalam pentadbirannya." Di samping itu, Beijing bersetuju untuk membayar London sebanyak 2.5 juta rupee yang Lhasa dipaksa bersetuju untuk membayar dalam perjanjian Anglo-Tibet pada tahun 1904. Pada tahun 1907, Britain dan Rusia bersetuju tidak akan berunding secara langsung dengan Tibet dan mengisytihar "pertuanan China terhadap Tibet." (Sebuah negara dipertuan ialah sebuah negara yang mempunyai setakat kuasa terhadap sebuah wilayah tanggungan.) Pada tahun 1910, kerajaan Qing menurunkan sebuah ekspedisi ketenteraan diri untuk mengasaskan pemerintahan Cina yang langsung dan menggulingkan Dalai Lama melalui sebuah edik empayar. Dalai Lama sekali lagi melarikan diri, kini ke India. "Dengan memasuki dan kemudian keluar, kami menjatuhkan Tibet dan meninggalkannya untuk pendatang pertama menendang", tulis Charles Albert Bell, pegawai diplomatik British yang ditempatkan di Sikkim serta pengkritik dasar kerajaan Liberal.

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_Tibet http://www.tibet.ca/wtnarchive/1997/6/3-2_1.html http://www.china.org.cn/english/tibet-english/lish... http://www.canonymous.com/press/ecritique2/part2.h... http://taylorandfrancis.metapress.com/link.asp?id=... http://www.tibet.com/ http://www.mssu.edu/projectsouthasia/history/prima... http://www.mssu.edu/projectsouthasia/history/prima... http://cc.purdue.edu/~wtv/tibet/article/art4.html http://www.historyofnations.net/asia/tibet.html http://www.newleftreview.net/NLR24805.shtml